TALBIAH

Thursday, March 31, 2011

Hidup Ini Bagaikan Roda

 Ketua rombongan Hajjah Sapariah
 Muzium Mekah
Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S..A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

p/s:Cerita ini memberi pengajaran bahawa apa sahaja di dunia ini bukan milik kita.  Ia hanyalah pinjaman dari Allah SWT untuk hamba-hambaNya.  Ia turut memberi pengajaran hidup ini umpama roda, ada amasa berada di atas dan ada masa berada di bawah.Janganlah kita berlagak sombong dengan kurnia Allah kepada kita.  Adakalanya kurniaan itu sekadar menguji sejauh mana keimanan dalam mensyukuri nikmat Allah kepada kita.  Ada orang begitu mendabik dada, merasakan segala kemewahan dan kekayaan adalah hasil dari kerja keras yang tidak pernah jemu, tanpa menyedari kebolehan untuk berkerja keras adalah juga pemberian Ilahi.  Tanpa keizinan Allah dapatkan kita mengangkat sebatang pensil? Dan  tanpa kurnia Allah, mata pun kita tidak mampu untuk kedipkan.  Terimalah seadanya kehidupan kita dan ikhlaslah dalam memberi, hanya di sisi Allah jua ganjarannya tersembunyi!
sumber:http://mencarinurr.blogspot.com/

Wednesday, March 30, 2011

Niat ikhlas bezakan amalan manusia

 Tetamu Allah Puan Hajjah Jamilah bersama pemilik PDKM Hj Azli
 Hajjah Jamilah tiba di Mekah bersama keluarga menghadapi berbagai rintangan....
semoga dapat Umrah mabroor bersama jemaah lain...
 Jemaah Umrah Iraq
 Jemaah umrah dari UK 4 pelajar Malaysia
bertemu Nora Azima (http://cibilzsonic.blogspot.com/) dan rakan2 di fc d saji..
kerinduan masakan malaysia terubat dgn makan nasi goreng pattaya...
... and the stories begin: From Penang to Glasgow to Mekah
 
Ketulusan hati benteng godaan syaitan, dapat mendekatkan diri dengan Allah
BERMUSAFIR di negara orang baru-baru ini, banyak pengalaman untuk dikongsikan bersama sahabat.
Kata pepatah, jauh perjalanan, luas pengetahuan. Tidak pernah terfikir untuk saya bermusafir hampir seluruh negara ASEAN, begitu hebat dan cukup indah kebesaran ciptaan Allah.
Walaupun berbeza dari segi bahasa, budaya dan warna kulit, kita tetap sujud pada kiblat yang sama. Perasaan saya tersentuh melihat suasana saudara seagama di Kemboja, ketika berpeluang melawat mereka di sana.
Kata seorang pelajar di sekolah agama di Kemboja, mereka makan nasi sekali sehari berlaukkan kuah saja. Mereka tidak pernah menikmati lauk yang enak.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bersyukurlah kita berada di bumi Malaysia, segala kesenangan dan nikmat kita kecapi cuma tinggal tangan menadah memanjat kesyukuran kepada Ilahi.
Berbeza di Singapura, masyarakat di sana saling menghormati antara agama. Banyak tokong Buddha bersebelahan masjid dan saya difahamkan setiap kali ada majlis jamuan, masing-masing akan mengundang jirannya, baik yang Islam atau penganut Buddha.
Teringat saya sejarah Rasulullah SAW, sahabat memilih agama Islam disebabkan keperibadian dan akhlak Baginda, keikhlasan membawa agama, kejujuran dan kasih sayang menjadikan Rasulullah insan disayangi manusia.
Sepanjang bermusafir, saya sempat menghabiskan sebuah novel berjudul Hati Sebening Mata Air, hasil tulisan Amru Khalid. Buku itu membicarakan mengenai keikhlasan dalam kehidupan seharian dan ia membuat air mata saya mengalir.
Terkenang setiap perbuatan saya, ikhlaskah saya selama ini melakukan kebaikan dan ibadah kepada Allah? Adakah kita ikhlas bekerja mencari rezeki halal kerana Allah? Tidak timbulkah penyakit hati, benci, dendam atau tertekan?
Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah, ertinya: “Allah tidak menerima amalan, melainkan amalan yang ikhlas dan kerana mencari keredaan Allah.”
Islam memberi penekanan kepada tuntutan menetapkan niat dalam setiap amalan manusia kerana setiap amalan bergantung kepada niat. Ribuan orang pergi ke Makkah dan Madinah dengan pelbagai tujuan.
Ada yang niatnya kerana Allah dan ada pula niatnya mencari penghidupan dunia. Niat itulah yang membezakan antara muhajir (orang yang berpindah) dan musafir (orang yang berjalan-jalan) sekalipun kedua-dua pekerjaan itu sama.
Sukar untuk kita menjadi hamba yang ikhlas dalam segala amalan, kerana keikhlasan membabitkan hati. Tidak ada sebarang alat atau kaedah yang mampu menguasai hati manusia. Hati itu milik Tuhan, bukan milik kita dan Allah saja yang mampu menguasai hati manusia.
Ikhlas adalah rahsia Allah dengan hamba-Nya. Malaikat yang hampir kepada Allah pun tidak mengetahui rahsia ikhlas manusia, malah syaitan tidak dapat mencuri maklumat mengenai rahsia keikhlasan. Syaitan juga susah dan takut hendak mendekati orang yang mencari keredaan Allah.
Firman Allah yang bermaksud: “Iblis berkata: Ya Tuhanku, berilah aku ketangguhan sehingga hari manusia dibangkitkan. Allah berfirman: Sesungguhnya kamu termasuk yang diberi tangguh sehingga hari yang telah ditentukan waktunya. Iblis menjawab: Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya kecuali hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka.” – (Surah Shad, ayat 79-80)
Oleh itu, untuk menjadi orang yang kuat kita perlu membersihkan diri dan menetapkan niat kerana sesungguhnya setiap amalan bermula dengan niat. Pastinya anda juga ingin menjadi orang yang kuat seperti janji syaitan kepada Allah untuk tidak menggoda orang yang kuat, ikhlas dalam setiap amalan.
Justeru, hendaklah diniatkan apa yang kita lakukan kerana ingin Allah menyayangi kita. Keikhlasan seseorang itu pasti ada kebahagiaan menantinya, yang menentukan kebahagiaan adalah hati. Hidup tiada makna jika tiada istilah ikhlas dan kasih sayang daripada Allah.
Kerana kasih-Nya kita dilahirkan, maka kerana kasih-Nya juga kita hidup dan kerana kasih-Nya juga kita akan berada di syurga nanti. Ada kala, sebagai manusia selalu terlepas pandang benda yang kecil tetapi sebenarnya ia memberi impak besar dalam kehidupan.
Contohnya, selalu bersangka buruk pada insan lain, hati membenci sesama kita. Cepat melihat kesalahan kawan. Ikhlas saja tidak cukup untuk menjadikan sesuatu kerja itu sebagai ibadah kerana ada syarat lain mesti dipenuhi untuk menjadikan pekerjaan itu ibadah kepada Allah.
Penulis ialah naib juara program Imam Muda terbitan Astro Oasis
Oleh Hizbur Rahman
Posted by KedahLaNie

Tuesday, March 29, 2011

Sedikit Kisah Malaikat Israfil












Perihal Malaikat Israfil


Malaikat Israfil adalah salah satu di antara empat malaikat yang paling mulia dan bersaiz besar di sisi Allah SWT Ia ditugaskan untuk meniup sebanyak tiga kali tiupan sangkakala pada hari kiamat. Seperti malaikat-malaikat yang lain ia diperbuat dari Nur. Ia berbulu dari kepala hingga kedua telapak kakinya dan mempunyai banyak mulut dan lidah. Jika seluruh air di lautan dan sungai di dunia disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh melimpah.

Jumlah sayap malaikat Israfil itu ada empat. Sayapnya yang pertama panjangnya sampai ke barat, sayapnya yang kedua sampai ke timur, yang ketiga boleh menutupi seluruh badannya dan yang keempat menutupi kepalanya. Ia mempunyai seribu tentera malaikat yang serupa dengan kejadiannya.

At-Tabrani meriwayatkan dari Ibnu Abbas RA:"Sewaktu Rasulullah SAW bersama-sama dengan malaikat Jibrail tiba-tiba ufuk langit terpecah, maka menghadaplah satu lembaga malaikat tertunduk dan condong ke bumi. Berkata malaikat itu: "Hai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu agar memilih antara menjadi nabinya hamba atau jadi rajanya nabi".

Adapun "rajanya nabi" mengerjakan apa yang diwajibkan oleh Allah SWT kepadanya dan tidak melakukan apa yang diharamkan oleh Allah SWT kepadanya. Ia menjalankan pemerintahan atau kerajaannya dan membelanjakan harta negara terhadap hal-hal yang dicintai dan diredhai oleh Allah SWT. Mereka menghindari dari sesuatu yang menimbulkan dosa. Nabi yang menjadi raja adalah seperti nabi Sulaiman AS, nabi Daud AS dan lain-lain. Adapun "nabinya hamba" tidak memberikan sesuatu kepada seseorang kecuali dengan perintah Allah SWT. Ia tidak memberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya dan tidak menghalangi kepada sesiapa yang mengkehendakinya, dia hanya memberi dan menghalangi atas perintah Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda: "Jibrail memberi isyarat kepadaku dengan tangannya agar merendah. Maka tahulah aku bahawa itu nasihat untukku, maka aku berkata, "hambanya nabi". Kemudian malaikat itu naik ke langit maka aku berkata, hai Jibrail, aku sungguh ingin bertanya hal ini kepadamu, tapi aku melihat halmu menyusahkan aku untuk mengemukakan pertanyaan itu. Siapakah itu wahai Jibrail? Jibrail menjawab, Itulah dia malaikat Israfil Allah menciptakannya pada hari kejadiannya di hadapannya dengan dua kakinya lurus bersaf, tidak pernah mengangkat hujungnya."

Ia tertutup di dalam beberapa lapisan dinding. Disebutkan bahawa jarak di antara malaikat Israfil dengan Arasy dilapisi dengan tujuh dinding yang mana satu dinding adalah sejauh lima ratus tahun perjalanan dan jarak malaikat Israfil dengan malaikat Jibrail kira kira tujuh puluh dinding. Imam Ahmad RAH. meriwayatkan dari Abu Said RA, Rasulullah SAW ada menyebutkan tentang malaikat peniup sangkakala, dengan sabdanya: "Disebelah kirinya ada malaikat Jibrail dan disebelah kanannya ada malaikat Mikail"

Salah satu tiang Arasy berada di atas pundaknya. Menurut riwayat, Lauhil Mahfuzh itu bergantungan di bawah Arasy dan malaikat Israfil berada di hadapan Lauhil Mahfuzh tersebut. Adapun apabila setiap keputusan Allah SWT tercatit di Lauhil Mahfuzh, maka terbukalah dinding-dinding yang menghalanginya dan malaikat Israfil pun melihatnya. Apabila ia adalah tugas malaikat Jibrail, maka malaikat Israfil akan memerintahkan malaikat Jibrail untuk melaksanakanya, begitu juga apabila untuk tugasan-tugasan malaikat Mikail dan malaikat Izrail, ia akan memerintah mereka untuk melaksanakannya.

Malaikat Israfil sentiasa meletakkan terompet sangkakala di mulutnya. Disebutkan bahawa terompet malaikat Israfil itu bercabang empat. Satu cabang diarahkan ke barat, satu ke timur, satu ke bawah bumi dan satu diarah kan ke langit yang ke tujuh. Adapun lingkaran kepala terompet itu selebar langit dan bumi. Di dalamnya terdapat pintu-pintu sebanyak bilangan para arwah. Ada tujuh puloh rumah di dalamnya. Di antaranya rumah arwah para Nabi AS, arwah para manusia, para jin, syaitan, binatang, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.

Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda tentang terompet malaikat Israfil: "Terompet itu adalah sebuah tanduk raksaksa yang terdiri dari cahaya. Besar tiap lingkaran dalam tanduk itu selebar langit dan bumi. Terompet itu akan ditiup tiga kali. Tiupan pertama membuat makhluk takut, tiupan kedua membuat makhluk mati, tiupan ketiga untuk membangkitkan makhluk dari kubur".

Warna malaikat Israfil adalah kuning tua, sedangkan sebab musabab wajahnya menjadi kuning adalah kerana getaran rasa takut kepada Allah SWT yang selalu meliputi malaikat Israfil Sabda Rasulullah SAW: "Bagaimana manusia boleh merasa senang sedangkan malaikat peniup sangkakala telah bersiap sedia meniupnya dan menundukkan keningnya serta memasang telinganya siap menunggu perintah".
Wallahu'alam.
Sumber: Himpunan Kisah-kisah Malaikat/Ida Syuhada

Monday, March 28, 2011

Makanan Tambahan Probiotik, Baik atau Buruk untuk Kita?

 Masjid Quba..
 Bukit memanah..
 Shuhada Uhud..

 Kenangan...
 pasar kurma..

 kilang percetakan Quran...

 Masjid 7..

wajatimurtengah/juragan

"makanan probiotikMakanan Tambahan Probiotik sangat bermanfaat untuk kesihatan dan berupaya untuk memantapkan sistem imun tubuh kita. Entry ini akan cuba memberi maklumat tentang makanan tambahan yang semakin popular ini kepada anda.

Tahukah anda bahawa terdapat 400 spesies mikroorganisma yang mendiami pelbagai ruangan di dalam  sistem penghadaman manusia yang jika dikumpulkan akan mempunyai berat sebanyak hampir 2 kg? Terdapat beberapa bakteria dari sini seperti spesies lactobacilli dan bifidobacteria yang bermanfaat kepada kesihatan dan berupaya untuk meningkatkan keupayaan sistem imun kita.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat banyak kemusykilan dan minat di dalam makanan tambahan probiotic kerana keupayaannya untuk meningkatkan kesihatan. Terma probiotic merujuk kepada “untuk kehidupan”. Terdapat dua jenis bakteria, bakteria baik dan bakteria jahat. Bakteria jahat adalah mikroorganisma yang berbahaya seperti yis, fungi dan parasit yang menjadi punca penyakit. Manakala probiotik pula menyumbang kepada kesihatan dan keseimbangan di dalam perut dan dikenali sebagai bakteria baik.

Pakar pemakanan klinikal, Dr Bhavi Mody berkata “Probiotik adalah mikroorganisma hidup yang sama seperti yang ditemui di dalam sistem penghadaman. hari ini, makanan tambahan probiotik boleh didapati di dalam bentuk tablet dan kapsul.” Pakar zat klinikal Dr Sunita Dube pula berkata “Makanan seperti yogurt, mentega susu, krim masam dan produk berasaskan soya seperti tauhu, susu kacang soya dan lain-lain mengandungi organisma probiotik seperti bahan makanan yang ditapaikan.

Bagaimana makanan tambahan probiotik dihasilkan? Makanan tambahan probiotik dihasilkan dengan cara reaksi kimia dari asid laktik bakteria, yis atau kombinasi kedua-duanya. Mikroorganisma yang bermanfaat ini membantu dalam pemecahan karbohidrat dan gula bagi membolehkan ia dihadamkan dengan mudah dan lebih berkhasiat.

Kenapa probiotik penting untuk kesihatan? Flora alam perut adalah ekologi mikroorganisma yang hadir dalam tubuh. Ekologi ini kadangkala dimusnahkan oleh ubat-ubatan antibiotik, dadah, penyakit, alkohol dan juga stress. Walaupun antibiotik diberi oleh doktor untuk mengubati penyakit, pengambilannya secara kerap akan memusnahkan bakteria baik di dalam perut dan usus, yang akan memberi kesan buruk kepada sistem penghadaman dan keupayaan penyerapan khasiat did alam tubuh badan. Penggunaan antibiotik dalam jangka panjang akan mencegah kehidupan semula bakteria baik ini. Di sini probiotik memainkan peranan yang penting dalam membantu penambahan bilangan bakteria baik di dalam tubuh badan.

produk probiotikTerdapat banyak faedah makanan tambahan probiotik. Pakar zat klinikal Dr Nupur Krishnan berkata “Probiotik memperbaiki keupayaan tubuh untuk menyerap zat, memperbaiki sintesis vitamin, asid lemak dan mencegah jangkitan bakteria jahat dan yis. Makanan yang ditapaikan diketahui bermanfaat kepada kesihatan kerana ia terbukti meningkatkan kualiti zat di dalam makanan. Makanan seperti idli, dhokla, wada dan kadhi adalah makanan yang mengandungi lactobacillus dan kekacang yang lazim dimakan di India.” Beliau berkata makanan yang ditapai meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap mineral-mineral penting dan mencegah dari kekurangan mineral yang melampau di dalam tubuh. Roti dan sos ikan adalah makanan yang ditapaikan menggunakan yis.

Dr Dube berkata makanan tambahan probiotik meningkatkan keupayaan sistem imun, penyerapan kalsium dan pencegahan elergi. Ia juga membantu dalam mengubati cirit-birit. Jika seorang wanita yang mengandung memakan makanan tambahan probiotik sebulan sebelum kandungannya lahir, ini akan membantu melindungi anaknya yang baru lahir dari mendapat elergi pada tahap yang tertentu. Bayi yang berumur enam bulan dan ke atas juga patut diberi makanan tambahan probiotik untuk membina kekuatan sistem imunnya.

Walaupun makanan tambahan probiotik adalah bermanfaat kepada kesihatan, seseorang yang mahu menambahnya di dalam pemakanan mesti melakukannya secara beransur-ansur. Seorang yang tahap kesihatannya normal boleh memakan makanan tambahan probiotik yang mengandungi dua juta mikroorganisma hidup setiap hari. Orang yang menghidap penyakit seperti kanser, kencing manis atau HIV positif mesti mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum mengambil makanan tambahan probiotik secara tetap, ujar Dr Mody lagi.

Dr Dube berkata pengambilan berlebihan apa jua bahan adalah tidak baik. Kadangkala pengambilan makanan tambahan probiotik secara berlebihan boleh menyebabkan masalah penghadaman dan perut kembung. Masalah ini berbeza dari individu ke individu. Semasa membeli makanan tambahan probiotik, kita mesti memeriksa tarikh luputnya kerana jika tarikhnya sudah luput, organisma hidup di dalam makanan tersebut tidak lagi efektif. Kita juga mesti memeriksa sama ada makanan tambahan probiotik tersebut mempunyai lebih daripada satu billion mikroorganisma hidup dalam setiap dos.

Dr Krishnan memberikan garis panduan dalam membeli makanan tambahan probiotik:
  • Produk yang dipasteur atau disimpan di dalam peti sejuk akan mengandungi sedikit sahaja bakteria aktif.
  • Wanita mengandung perlu memakan makanan tambahan probiotik selepas mendapat nasihat doktor.
  • Penggunaan makanan tambahan probiotik dalam mengubati sebarang penyakit perlu dipantau pakar perubatan.
  • Carilah produk yang mengandungi bakteria yang hadir pada masa ia dimakan dan bukan pada masa ia disediakan. Lihat pada label tentang ini.
  • Simpan makanan tambahan probiotik seperti dadih di tempat yang sejuk dan kering seperti peti sejuk.
  • Terdapat banyak makanan yang dikomersialkan sebagai kaya probiotik, tetapu kita perlu memilih dengan teliti kerana ada di antaranya yang mempunyai kandungan gula yang tinggi tetapi kandungan vitamin dan mineral di dalamnya pula amat rendah.
  • Satu lagi perkara yang perlu kita hati-hati ialah kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh industri makanan di dalam pengiklanan produk-produk mereka. Dalam kebanyakan iklan-iklan ini, faedah produk tersebut terlalu digembar-gemburkan tanpa mengemukakan sebarang bukti atau kajian yang berkaitan.


Nota: Usana kini mengeluarkan produk makanan tambahan Probiotik iaitu Usana Probiotic Food Supplement. Ia adalah produk terbaru Usana yang telah dilancarkan pada awal tahun 2011.  Usana Probiotic mempunyai 12 billion bakteria (ya, 12 billion!) pembentuk koloni dalam setiap hidangan untuk membantu kesihatan sistem penghadaman dan meningkatkan keupayaan sistem imunisasi bagi mencegah penyakit. Sudahkah anda mendapatkannya? Hubungi saya sekarang juga kalau nak order.

Sunday, March 27, 2011

Gabernor Dan Seorang Wanita

Seorang Gabernor pada zaman Khalifah Al-Mahdi, pada suatu hari mengumpulkan sejumlah tetangganya dan menaburkan wang dinar dihadapan mereka. Semuanya saling berebutan memunguti wang itu dengan suka cita. Kecuali seorang wanita kumal, berkulit hitam dan berwajah jelek. Ia terlihat diam saja tidak bergerak, sambil memandangi para tetangganya yang sebenarnya lebih kaya dari dirinya, tetapi berbuat seolah-olah mereka orang-orang yang kekurangan harta.

Dengan kehairanan sang Gabernor bertanya, “Mengapa engkau tidak ikut memunguti wang dinar itu seperti tetangga engkau?” Janda bermuka buruk itu menjawab, “Sebab yang mereka cari wang dinar sebagai bekal dunia. Sedangkan yang saya perlukan bukan dinar melainkan bekal akhirat.” “Maksud engkau?” tanya sang Gabernor mulai tertarik akan kepribadian perempuan itu. “Maksud saya, wang dunia sudah cukup. Yang masih saya perlukan adalah bekal akhirat, iaitu solat, puasa dan zikir. Sebab perjalanan di dunia amat pendek dibanding dengan pengembaraan di akhirat yang panjang dan kekal.”

Dengan jawapan seperti itu, sang Gabernor merasa telah disindir tajam. Ia insaf, dirinya selama ini hanya sibuk mengumpulkan harta benda dan melalaikan kewajiban agamanya. Padahal kekayaannya melimpah ruah, tak kan habis dimakan keluarganya sampai tujuh keturunan. Sedangkan umurnya sudah di atas setengah abad, dan Malaikat Izrail sudah mengintainya.

Akhirnya sang Gabernor jatuh cinta kepada perempuan lusuh yang berparas hanya lebih bagus sedikit dari monyet itu. Kabar itu tersebar ke segenap pelosok negeri. Orang-orang besar tak habis fikir, bagaimana seorang gabernor boleh menaruh hati kepada perempuan jelata bertampang jelek itu.

Maka pada suatu kesempatan, diundanglah mereka oleh Gabernor dalam sebuah pesta mewah. Juga para tetangga, termasuk wanita yang membuat hodoh tadi. Kepada mereka diberikan gelas crystal yang bertahtakan permata, berisi cairan anggur segar. Gabernor lantas memerintah agar mereka membanting gelas masing-masing. Semuanya terbengong dan tidak ada yang mahu menuruti perintah itu. Namun, tiba-tiba terdengar bunyi berdenting, pertang ada orang gila yang melaksanakan perintah itu. Itulah si perempuan berwajah buruk. Di kakinya pecahan gelas berhamburan sampai semua orang tampak terkejut dan kehairanan.

Gabernor lalu bertanya, “Mengapa kau banting gelas itu?” Tanpa takut wanita itu menjawab, “Ada beberapa sebab. Pertama, dengan memecahkan gelas ini bererti berkurang kekayaan Tuan. Tetapi, menurut saya hal itu lebih baik daripada wibawa Tuan berkurang lantaran perintah Tuan tidak dipatuhi.” Gabernor terkesima.

Para tamunya juga kagum akan jawapan yang masuk akal itu. Sebab lainnya?” tanya Gabernor. Wanita itu menjawab, “Kedua, saya hanya menaati perintah Allah. Sebab di dalam Al-Quran, Allah memerintahkan agar kita mematuhi Allah, Utusan-Nya, dan para penguasa. Sedangkan Tuan adalah penguasa, atau ulil amri, maka dengan segala resikonya saya laksanakan perintah Tuan.” Gabernor kian takjub. Demikian pula para tamunya. “Masih ada sebab lain?”
Perempuan itu mengangguk dan berkata, “Ketiga, dengan saya memecahkan gelas itu, orang-orang akan menganggap saya gila. Namun, hal itu lebih baik buat saya. Biarlah saya dicap gila daripada tidak melakukan perintah Gabernornya, yang bererti saya sudah berbuat durhaka. Tuduhan saya gila, akan saya terima dengan lapang dada daripada saya dituduh durhaka kepada penguasa saya. Itu lebih berat buat saya.”

Maka ketika kemudian Gabernor yang kematian isteri itu melamar lalu menikahi perempuan bertampang jelek dan hitam legam itu, semua yang mendengar bahkan berbalik sangat gembira kerana Gabernor memperoleh jodoh seorang wanita yang tidak saja taat kepada suami, tetapi juga taat kepada gabernornya, kepada Nabinya, dan kepada Tuhannya.
Sumber: http://eidariesky.wordpress.com/

 Jemaah berdoa di Raudhoh..

 Ziarah Baqi

 mutawif Ust Amran...


 penghuni Masjidil nabawi...
 Jemaah santai di dataran...

Saturday, March 26, 2011

Umrah bersama Jemaah Ummah Mulia Sabah madinah Hari 2...

 Tempat tinggal Jemaah hotel jauharat fairuz
 Ketibaan jemaah jam 12.5 pagi
 pembahagian bilek2...
 Ketuan rombongan Ustazah Rusnee dan Hjjh Sapariah

 Ziarah dalaman...
pintu bab salam...
PUTRAJAYA 25 Mac - Video seks yang dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang sepatutnya diserahkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan mahkamah untuk disiasat kesahihannya.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, penyebaran video seks berkenaan untuk tatapan umum adalah haram dari segi hukum syarak.

“Perbuatan ini (menyebarkan kepada umum) adalah berlandaskan satu fitnah sedangkan yang jelas dituntut oleh syarak ialah menegakkan keadilan dengan disertakan bukti-bukti.

“Sebaiknya, kita serahkan kepada pihak berkuasa, tidak kiralah polis atau mahkamah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Source: Utusan Malaysia Online