TALBIAH

Saturday, April 30, 2011

Selamat bercuti di hari pekerja......Selamat Hari Pekerja.

Perkahwinan adalah ikatan suci antara lelaki dan wanita selari dengan kejadian manusia berpasangan. Perkahwinan juga sunnah Rasulullah SAW yang patut dituruti setiap umat yang berkemampuan.

Maghrib...
 korek dan tarek....

Diriwayatkan oleh Aisyah, bermaksud: ” Nabi SAW bersabda: Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia daripada golongan umatku.” (Hadis riwayat Al-Imam Ibnu Majah)

Perkahwinan adalah sunnah Rasulullah SAW, namun ada perkara yang tidak boleh diketepikan sehingga meminggirkan matlamat menyatukan pasangan lelaki dan wanita.

Antaranya, perkahwinan anak bawah umur yang masih berlaku dalam masyarakat. Mengikut mazhab Syafie, cukup umur atau baligh apabila budak lelaki bermimpi keluar mani dan perempuan didatangi haid ataupun mereka cukup berusia 12 tahun.

Berdasarkan sejarah, Rasulullah SAW menikahi Aisyah yang ketika itu berusia sembilan tahun.

Diriwayatkan Aisyah yang bermaksud: “Bahawasanya Nabi mengahwini Aisyah ketika ia berumur enam tahun dan Aisyah tinggal bersama Nabi semasa ia berumur sembilan tahun.” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, tiada umur khusus ditetapkan untuk berkahwin dan ini bermakna tidak salah berkahwin pada usia muda. Namun, melihat realiti di Malaysia, undang-undang syariah menetapkan had umur minimum untuk berkahwin 18 tahun bagi lelaki dan perempuan (16 tahun).

Seksyen 8, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (EUUKIS) memperuntukkan: “Tiada perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah enakmen ini jika lelaki itu berumur kurang daripada 18 tahun atau perempuan berumur kurang daripada 16 tahun kecuali jika hakim syariah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.”

Perkahwinan kanak-kanak di bawah umur perlu mendapat kelulusan bertulis mahkamah syariah dan tiada perkahwinan boleh dijalankan tanpa kebenaran mahkamah syariah.

Peruntukan seksyen itu tidak bertentangan dengan pendapat empat mazhab kerana pemerintah atau ulil amri boleh membuat undang-undang demi kepentingan umum.

Hakikatnya, kebenaran mahkamah bertujuan memberi peluang menyelidik latar belakang, keadaan fizikal dan kemampuan pasangan bawah umur yang ingin berkahwin.

Ini bagi menjaga kepentingan kanak-kanak itu kerana perkahwinan bukan perkara main-main dan wali perlu ada asas kukuh untuk mengahwinkan anak gadisnya. Hanya apabila mahkamah berpuas hati kebenaran berkahwin diberi.

Mengikut peruntukan, ‘dalam keadaan tertentu’ bermaksud wali ada alasan kukuh mengahwinkan anaknya yang boleh dipertimbangkan mahkamah sebelum memberi kebenaran. Antaranya anak bermasalah moral dan tidak boleh dikawal.

Dalam keadaan ini, bagi menyelamatkan kanak-kanak itu daripada terus bergelumang maksiat, harus bapa sebagai wali mengahwinkan anaknya.

Segelintir masyarakat mungkin menimbulkan persoalan mengapa umur minimum ditetapkan undang-undang sedangkan Saidatina Aisyah berkahwin pada usia enam tahun dan bersama Rasulullah apabila berusia sembilan tahun.

Saidatina Aisyah antara orang terawal memeluk Islam selain terbabit dalam perang Uhud dan Badar, malah pengetahuan ilmu al-Quran dan hadis membuktikan kematangan walaupun masih muda.

Berbanding remaja hari ini yang berdepan pelbagai cabaran kehidupan, dikhuatiri tidak mampu menangani masalah atau melayari hidup berumah tangga. Umur belasan tahun dalam dunia hari ini adalah waktu mereka bersekolah.

Perkahwinan bukan sekadar menghalalkan yang haram, tetapi mengandungi tanggungjawab perlu dilaksanakan pasangan yang berkahwin memenuhi tuntutan batin serta keperluan zahir.

tangga, kematangan fikiran perlu bagi menyelesaikan konflik rumah tangga yang dihadapi kelak.

Rentetan daripada tanggungjawab itu boleh menyebabkan tekanan fizikal dan mental apabila mereka gagal menjalankan peranan seperti diharapkan hingga akhirnya menjurus kepada perceraian.


Perkahwinan bukan untuk sehari dua. Oleh itu, pihak yang ingin berkahwin termasuk ibu bapa perlu memastikan pasangan bawah umur ini benar-benar bersedia memikul tanggungjawab yang dituntut kepada suami dan isteri supaya perkahwinan memberi kesejahteraan untuk semua.


Oleh Mohamad Isa Abd Ralip
* Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM)

Friday, April 29, 2011

Kenduri kendara di Manazil Hotel..





Dalam berusaha, bekerjaya, berkepimpinan..
jangan lupa 'berhenti'

Dalam perjalanan ke Akhirat..
Dalam menyempurnakan ibadah..
...Bangunlah di waktu malam ..

Allah menerangkan dlm Al Muzammil :
قُمِ الَّيلَ إِلّا قَليلًا
(2) Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),

Dalam musafir manasik Haji..
Setelah berNIAT..

Tekadnya kuat..
Azamnya tinggi..
Dibuktikan dengan laungan talbiyahnya bergema..

Lihatlah 'tentera' berpakaian putih
Kemana mereka pergi?
Apa yang mereka mahu?

Mari bermuzakarah.. berpandukan gambar Bumi Arafah..
Syahdu 9hb Dzulhijjah

1) Berdasarkan makluman anda, apakah yang diharapkan oleh Jemaah di Padang Arafah?
_________________________________
_________________________________

2) Pak Kasim berkata kepada Isterinya setelah Asar 9hb Dzulhijjah ..
" Munah, malam ni kita ke Muzdalifah kan!? "
" Ayahnya, bukanlah !! kan kita terus di sini hingga esok" jelas Mak Munah

siapakah yang betul ?

Apa alasannya..

نعوذ بالله من ظلمة القبر ووحشة القبر
وضمة القبر وضيق القبر
اللهم قنا عذاب القبر وقنا عذاب النار
ونجنا من فتنه المحيى والممات
ونجنا من فتنه المسيح الدجال
ياااااااااااااارب العالمي


Begitulah kalau dah kaya........makan pun.... kambing seorang seekor. Memang best. Tapi larat ke nak habis?

Tapi harus diingat. Orang yang kaya sampai macam ini.....di akhirat nanti mereka lah orang yang terakhir untuk masuk syurga Allah. Orang lain semua dah masuk syurga....mereka lah yang terakhir kerana lamanya sesi soal jawab akan harta dan wang mereka yang banyak berkoyan-koyan di dunia dan kemana mereka gunakan dan tak tinggal walau satu sen pun.

 
Bukan tak boleh kaya....boleh dan bagus kalau kaya.
Tapi biarlah kaya kita itu membantu dan menolong masyarakat dan ummah dan mendapat keredhaan Allah.

Thursday, April 28, 2011

Mustajab Untuk Berdoa

 di padang pun kita bersujud dan berdoa...

 di padang arafah..
 di bilik hotel....
 yg pasti di hadapan Kaabah..

 di masjid nabawi...
Sumber:wan suhan salleh: Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya. Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya." Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat. "Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar"

Masih menanti..dan terus menanti...sampai bila??Hanya Allah sahaja yang tahu. Entahkan muncul atau tidak..tapi pengharapan masih tetap kepada Dia yang satu. Usaha..doa sering ku titipkan.. tetapi aku hanya manusia yang lemah..adakala terlintas juga rasa putus asa dan malas dah nak minta-minta..tetapi aku lupa..Dia sentiasa menunggu-nunggu dan menanti-nanti hambaNYA yang meminta-minta kepadaNYA..Bulatkan tekad..serahkan sepenuhnya urusan-urusan itu kepadaNYA. Hanya mengharapkan keajaiban tawkal dalam kehidupan..Hanya Dia yang tahu..Hanya Dia yang mampu..Gagal berkali-kali tidak bermakna gagal hingga ke penghunjungnya!Ingat, destinasi kita bukan setakat di dunia tetapi hingga akhirat. Jika kita tidak mampu meraih sesuatu yang kita impikan di dunia ini..usahlah berputus asa..didiklah diri untuk meraih sesuatu di akhirat sana..kerana kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang kekal buat selama-lamanya..sesuatu yang kita impikan di dunia ini hanyalah ibarat menanti pelangi..pelangi yang akan pergi dan kembali seketika nanti..usah menanti pelangi lagi..tetapi didiklah hati untuk menuju ke syurga Ilahi..Tanya diri, adakah layak untuk mendapatkannya???Cukupkah segala amalan yang telah ada untuk melayakkan diri untuk ke sana??)xpelah fatihah..teruskan melangkah..jangan berhenti!biarpun dirimu terpaksa melangkah setapak demi setapak..tetapi ia terus maju ke hadapan!jgn menoleh kebelakang lagi!jgn menyesal atas apa yg telah kau lalui hingga ke saat ini..teruskan!teruskan!usah berputus asa..Allah sentiasa ada menemani dirimu menuju ke syurgaNYA..yakin dan percayalah..Dia tidak akan meninggalkan dirimu keseorangan!Janji Dia adalah benar kepada hamba-hambaNYA..sabarlah lalui semua ini..semoga rahmatNYA sentiasa menemani dan memayungi hidupmu..Jadilah hambaNyA yang snts patuh dan taat akan segala suruhan dan laranganNya..InsyaAllah Dia pasti akan menggembirakan hati orang yang sabar dengan ujianNya..jadi bersabarlah..kerna kesabaranmu itu jua adalah satu usaha!Berdoa itu juga adalah satu usaha!!Jangan putus dari meminta kepadaNYA kerana Dia tidak pernah sekali-kali jemu mendengar permintaan hamba-hambaNYA. Sesungguhnya Dia akan memakbulkan doa hamba-hambaNya itu pada masa yang tepat dan sesuai dengan keadaan diri hambaNYA. Jika Dia memberi ujian setimpal dengan daya tahan hambaNYA..pasti Dia jua memberi rezeki sesuai dengan tahap kesyukuran hambaNYA..kerana Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNYA..Dia sayang akan hamba-hambaNYA mengatasi kasih dan sayang seorang ibu..so teruskan hidup dengan lebih positif!Dia snts ada untuk membantu!!! 

Wednesday, April 27, 2011

Ramah Mesra & Diskusi

 Kaabah
 Sebelum Tawaf
 Makan2 di Mekah d saji
 Peretmuan
 tetamu kecil dari Sturgart Adam & Alya
  Kenal?
 Ust Amran
 na2wa.com

Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .
Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung


HADIS DARI NABI MUHAMMAD (S.A.W) tanpa membacanya terlebih dahulu
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.
Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'
Amat BJ

Tuesday, April 26, 2011

Keluarga Aruah Muhammad Noraizuddin b Nordin pelajar U Islam Madinah


 Minum pagi di hotel manazil...
 Hj Nordin beersama Ust Asri
 Hj Nordin
 majlis penyerahan sumbangan dari Sahabat2
 

Apabila kita renung kuasa Allah swt dengan hidayat dan kerendahan hati jua, maka Allah swt akan menunjuktampilkan pada kita kuasa-kudratNya pada setiap sesuatu yang nyata maupun yang ghaib tanpa terkecuali. KuasaNya itu pula, tentu akan kita yakini, bahwa ianya hanya menjelma dari Allah semata-mata ketika kita mengamatinya dengan sentuhan nurani kecil kita. Kerana kita yakini jua tiada makhluk yang akan mencapai bahkan melebihi pinggir batasan Ilmu yang kerdil itu tanpa adanya sentuhan seni Allah Yang Maha Esa Yang Maha Mentadbir sekalian alam.

Laksana Peta Timur Tengah atau Asia Barat yang kita hidang tayangkan ini, bila kita imbas sejarah maupun mencarigali lipatan warkah manuscript atau handwrit usang yang kuno, maka kita pasti, bahawa tiada siapa yang membahagi dan melukis bentuk peta-peta tersebut melainkan mereka yang mengingkari Islam jua. Atau jika menganut Islam yang membahagi bentukkan lukisan peta-peta itu, maka pasti kuasa baratlah jua yang telah bersetuju teguh untuk mengesah sabitkannya di mata penguasa dunia.
Ternyata kuasa Allah swt memang wujud pada setiap sesuatu, walau ianya di tapak tangan pakar pengingkar.






Subhanallah...gambar seperti orang sujud duduk menghadap kiblat...Allahhuakhbar!!!!


Monday, April 25, 2011

Gelagat Jemaah Umrah..

 Jemaah Indon & india
 Mesir

 Pakistan
 Syria
 Turky
 tak sempat tanya...
Turky
 Unta, Camel, Jamal...
JEDDAH: Ketua Jabatan Implan Tisu di Pusat Penyelidikan Raja Fahd berkata, dia dihubungi Kedutaan Jepun di Malaysia yang ingin mengetahui mengenai kegunaan air kencing unta untuk merawat kanser dan mencegah radiasi nuklear.

Dr Fatin Khoursheed yang juga penyelia Kerusi Al-Zamil untuk Kanser memberitahu akhbar berbahasa Arab Al-Hayat, panggilan telefon itu diterimanya ketika krisis nuklear di Jepun semakin bertambah buruk.

“Ia dibuat selepas letupan di loji Fukushima 1,” katanya.

“Pihak berkuasa Jepun mahu mencuba kesan air kencing unta secara santifik dalam merawat individu yang terdedah kepada radiasi nuklear bagi mencegah mereka daripada mendapat penyakit kanser.” Dr Fatin berkata, dia sudah menjalankan penyelidikan mulai 2004 selepas berjaya memulihkan berpuluh-puluh kes pelbagai penyakit kanser dengan air kencing unta yang diambil secara meminumnya, dalam bentuk kapsul, salap atau syampu. Pesakit yang sudah menjalani rawatan itu di Arab Saudi dan negara lain menunjukkan penyembuhan 98 peratus.

Menurutnya, pertanyaan daripada pihak berkuasa Jepun itu cukup aneh kerana Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi gagal untuk mengiktiraf keputusan penyelidikan saintifik itu.

“Walaupun penyelidikan itu secara teori dan amali menunjukkan keberkesanan tetapi gagal diiktiraf Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi.

“Minat ditunjukkan pihak berkuasa Jepun itu meningkatkan semangat saya untuk membuktikan keberkesanan penyelidikan itu,” katanya lagi. - SG