TALBIAH

Saturday, June 30, 2012

Makan malam bersama bekas Mufti Johor Dato Noh Gadut

 Firhan felda 

 sembang2
 bersama jemaah umrah
kami

Jangan sombong dengan...Saat kesombongan mula timbul,Saat itulah keberkatan akan hilang dalam menuntut Ilmu!!!Naunzubillah...Guru menjadi pemudah cara kita berjalan di dunia dengan ilmu yg di sampaikan olehnya agar kita Tunduk patuh pada Allah swt...

Friday, June 29, 2012

Mencari tempat teduh ketika solat Jumaat dengan suhu 48cc

 berdekatan hotel baru belakang safwa

 sebelah safwa


“Hai anakku, bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.” LukmanulHakim

Thursday, June 28, 2012

Tetamu Allah semoga dapat Umrah Mabror...


 Semoga di berkati
 Hj Saad
Bro Syahril
 Cheff Amir
 makan2
 Mamat iran
 Dato Sani & isteri Dato Wan Khazanah
 Wan Nazri balek Stuttgurt kerana German kalah

 Ust Bad balek terus ke Malaya habis belajar
sebelum blk sempat naik menara jam...

Wednesday, June 27, 2012

Monday, June 25, 2012

Meraikan Jemaah makan malam

 kehadiran Hj Saad
 gang Awali
 Sahabat Singapore



 Kehadiran Ust Ismail
membaca doa
 ahli baru Makkah Prof Dr Izani pensyarah U Ummu Qura baju merah
Roti canai telor Haram?
Tahukah anda, ada hukum yang mengatakan haram memakan roti telur dan murtabak ni? haa, kenapa haram pula? meh baca ni,dipetik dari facebook seorang teman 

Hukum asal makan roti canai telur dan murtabak adalah harus . Apa yang menimbulkan masalah ialah apabila penebar roti canai atau murtabak, tidak membasuh telur yang digunakan. Ini kerana tempurung telur yang tidak dibasuh mengandungi najis (bercampur tahi ayam). Apabila penebar roti canai tadi memegang telur yang tidak dibasuh tadi, menyebabkan tangan penebar tadi bernajis, dan terus menggaulkan dengan tepung, dan secara langsung telah menggaul najis dalam roti canai ataupun murtabak.

Dinasihatkan juga kepada ibu tukang masak dan sesiapa sahaja, apabila hendak menggunakan telur dalam masakan, hendaklah membasuh telur terlebih dahulu. Perkara ini sangat penting kerana makanan akan menjadi darah daging kita, jika darah daging kita dari sumber yang haram maka menyebabkan hati jadi gelap, malas buat ibadah, anak-anak menjadi nakal, mudah melakukan perkara yang dilarang agama, doa tidak diterima dan banyak lagi kesan makan dari sumber yang haram.

Dalam sebuah kisah yang terkenal. Suatu hari Saad bin Abi Waqqas bertanya kepada Rasulullah,

“Ya Rasulullah, doakan aku kepada Allah agar aku dijadikan Allah orang yang makbul doanya.”
Rasulullah menjawab: Hai Sa’ad! Baguskanlah makanan engkau nescaya adalah orang yang) diperkenankan permintaan, dan demi (Allah) yang diri Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan haram ke perutnya, tiada diterima Allah amalannya empat puluh hari (Riwayat Tobroni).

Dalam hadis yang lain Rasulullah saw telah bersabda: “setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka nerakalah yang lebih layak baginya (Riwayat Tirmizi)”. Pastikan makanan kita bersih dan suci. Wallahu a’lam