Imam solat Isyak malam jumaat terisak2 menghayati surah yg di bacanya.
pintu Kaabah di buka
penjaga ointu Kaabah di depan pintu
kawasan haram sesak dgn jemaah yg ingil melihat lebih dekat
ada juga yg bergambar di depan pintu
sempat telefon keluarga..
penyibuk ni ada di mana2.
komando saudi untuk kawalan gabenor Makkah yg belum tiba.
http://mynewshub.my/2012/11/29/terkini-pintu-kaabah-dibuka-pagi-tadi/
MEKAH – Pintu Kaabah di Masjidil Haram dibuka untuk kerja-kerja
pembersihan di dalamnya dan memberi peluang kepada para pembesar,
diplomat dan tetamu kerajaan Arab Saudi memasukinya kira-kira pukul 11
pagi tadi.
Kebiasaannya anggota kanan keluarga diraja Arab Saudi dan agensi
keagamaan bersama-sama mencapai penyapu dan kain disirami air mawar
untuk membersihkan bahagian dalam Kaabah, yang menjadi kiblat umat
Islam.
Kerja membersihkan Kaabah selalunya diketuai gabenor Makkah, yang melakukannya bagi pihak Raja Arab Saudi.
Upacara selalunya bermula sejurus selepas solat Subuh, apabila
anggota keluarga al-Shaybi yang menjadi penjaga pintu Kaabah sejak
berabad lalu mengeluarkan kunci struktur itu dari beg hijau.
Berkaki ayam dan berpakaian jubah putih tradisi, golongan lelaki
menamatkan majlis dengan mengelap tembok marmar dan lantai bilik kecil
itu dengan minyak wangi, menghidupkan semula tradisi dimulakan Nabi
Muhammad SAW lebih 1,400 tahun lalu.
Upacara itu, yang dijalankan dua kali setahun, memberi peluang untuk
menjenguk ke dalam struktur yang digelar umat Islam sebagai pusat bumi
itu.
Umat Islam menganggap Kaabah, yang terletak di tengah Masjid Haram di
Makkah sebagai kawasan paling suci dalam Islam kerana Allah mencipta
alam semesta dari tempat ia berada.
Kesucian tempat berkenaan memberikan kepentingan khas kepada upacara membersihkannya.
Ia dilakukan sebelum Ramadan dan selepas sambutan Aidiladha.
Waktu lain Kaabah dibuka ialah apabila pembesar Islam seperti ketua negara meluahkan hasrat memasukinya
http://mynewshub.my/2012/11/28/gambar-terkini-di-masjidil-haram-esok-pintu-kaabah-dibuka/
MEKAH – Keadaan di sekitar Masjidil Haram kini semakin lengang selepas jutaan jemaah haji telah pulang ke negara masing-masing.
Menurut blogger Mohd. Arshad Ali, keadaan ketika ini juga cukup
selesa kepada mereka yang sedang menunaikan ibadah umrah terutama yang
melakukan tawaf di keliling Kaabah. ” Ketika jemaah haji berada di Mekah, penduduk tempatan ramai
yang tidak keluar kerana memberi peluang jemaah luar berada di Masjidil
Haram. ” Masa inilah (sekarang) mereka menggunakan peluang tersebut
untuk beribadah dengan keadaan yang cukup selesa selepas jemaah negara
asing kembali ke tanah air mereka,” katanya yang juga pemilik blog
hajiarashad.blogspot.com.
Arshad juga memaklumkan bahawa pintu Kaabah akan dibuka kepada orang awam memasukinya esok.
Pun begitu, katanya, peluang tersebut hanya kepada tetamu kerajaan, pembesar dan para diplomat asing.
” Setiap tahun pintu Kaabah akan dibuka sebanyak dua kali, peluang
tersebut juga digunakan untuk Gabenor Mekah mencuci ruang di dalamnya,”
katanya yang kini menetap di sana.
DISINI PUN ADA:
http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2012/11/esok-pintu-kaabah-akan-dibuka.html
Doa dalam diam, tanda kita sayang. Hanya kita dengan Pencipta yang tahu betapa sayangnya kita pada dia.:)
28cc
kerja2 di dalam haram
kawasan saei tingkat 1 telah di lindungi kain..
selepas solat isyak selasa depa ni nk makan roti canai...lenggang banyak kerusi dan meja.
hari ini naik kereta miswar org afgan...kereta gmc lama auto umur pemandu 83 tahun masih sihat tapi hanya guna sebelah kudrat sahaja kerana badannya lumpoh selama 20 tahun tapi boleh bawa kereta hanya kaki dan tangan sebelah kiri sahaja boleh di gunakan...Masyaallah orang tua ini.